Klinik Penjagaan Kesihatan Wanita di Subang Jaya
Servis kesihatan wanita yang privasi, selesa dan mesra pesakit untuk perancang keluarga, Pap smear, swab faraj, masalah haid dan kesihatan reproduktif.
Di Klinik Nur Medicare, Pinggiran USJ, kami menyediakan penjagaan kesihatan wanita dengan sokongan doktor wanita dan staf wanita. Setiap konsultasi dibuat dalam suasana yang profesional, sopan dan menjaga privasi pesakit supaya anda lebih selesa untuk bertanya, membuat pemeriksaan dan mendapatkan nasihat kesihatan yang sesuai.
Promosi Kesihatan Wanita
Lihat promosi terkini untuk servis kesihatan wanita, saringan dan pakej pemeriksaan yang tersedia.
Promosi boleh berubah mengikut stok, jadual doktor dan kempen semasa. Hubungi pasukan kami untuk semak harga, slot appointment dan servis yang tersedia sebelum datang ke klinik.
Servis Kesihatan Wanita di Klinik Nur Medicare
Klinik Nur Medicare ialah klinik keluarga di Pinggiran USJ, Subang Jaya yang menyediakan servis kesihatan wanita seperti konsultasi doktor wanita, perancang keluarga, Pap smear, swab faraj LBS/HVS, rawatan masalah haid, nasihat kesihatan reproduktif dan pemeriksaan berkaitan wanita. Klinik ini sesuai untuk wanita yang mahukan suasana pemeriksaan yang lebih privasi, selesa dan dikendalikan oleh pasukan wanita.
Servis Kesihatan Wanita Kami
Pemeriksaan dan konsultasi wanita untuk kesihatan reproduktif, perancang keluarga, saringan serviks, jangkitan faraj dan masalah haid.
Setiap wanita mempunyai keperluan kesihatan yang berbeza. Di Klinik Nur Medicare, doktor kami akan menilai simptom, sejarah kesihatan dan keperluan anda sebelum mencadangkan pemeriksaan atau rawatan yang sesuai.
Perancang Keluarga dan Pilihan Kontraseptif
Dapatkan nasihat doktor wanita tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai dengan badan, gaya hidup dan perancangan keluarga anda.
Pilihan perancang keluarga tidak sama untuk semua wanita. Doktor akan menilai sejarah kesihatan, kitaran haid, status menyusu, perancangan anak dan kesesuaian klinikal sebelum memberi cadangan.
Pil Perancang
Diambil setiap hari dan lebih berkesan apabila diambil secara konsisten pada waktu yang sama setiap hari.
Suntikan Depo
Suntikan hormon yang biasanya diberikan setiap 3 bulan untuk perancangan kehamilan jangka sederhana.
Implanon
Implan hormon kecil yang dimasukkan di bawah kulit lengan dan boleh membantu mencegah kehamilan sehingga 3 tahun, bergantung pada kesesuaian pesakit.
IUCD
Alat kontraseptif dalam rahim untuk pencegahan kehamilan jangka panjang, biasanya sekitar 3-5 tahun bergantung pada jenis dan nasihat doktor.
Konsultasi diperlukan untuk menilai sama ada pemasangan atau pembuangan IUCD/Implanon sesuai untuk keadaan anda.
Pap Smear Untuk Saringan Serviks
Saringan ringkas untuk membantu mengesan perubahan awal pada sel serviks sebelum menjadi masalah yang lebih serius.
Pap smear sesuai untuk wanita yang aktif secara seksual atau wanita yang disarankan oleh doktor untuk menjalani saringan serviks. Pemeriksaan ini membantu doktor menilai perubahan sel pada serviks dan memberi nasihat susulan jika keputusan memerlukan tindakan lanjut.
Sesuai untuk saringan berkala, wanita yang sudah berkahwin atau aktif seksual, atau pesakit yang ingin mendapatkan nasihat kesihatan serviks secara privasi.
Kekerapan Pap smear bergantung kepada umur, sejarah kesihatan, keputusan sebelum ini dan nasihat doktor. Jika anda tidak pasti bila perlu buat Pap smear, buat konsultasi dahulu.
Swab Faraj LBS / HVS
Ujian makmal untuk membantu mengenal pasti punca discaj faraj tidak normal, kegatalan, bau, iritasi atau ketidakselesaan.
Jika anda mengalami kegatalan, discaj yang berubah warna atau berbau, sakit ketika membuang air kecil, rasa pedih atau ketidakselesaan, doktor boleh mencadangkan swab faraj jika perlu. Sampel akan dinilai untuk membantu mengenal pasti sama ada terdapat jangkitan bakteria, kulat atau masalah lain yang memerlukan rawatan.
Pemeriksaan dibuat dengan menjaga privasi dan keselesaan pesakit. Beritahu doktor jika anda rasa risau atau tidak selesa sebelum pemeriksaan.
Rawatan Masalah Haid dan Senggugut
Konsultasi untuk haid tidak teratur, senggugut, pendarahan luar biasa, lewat haid atau perubahan kitaran haid.
Masalah haid boleh berlaku disebabkan perubahan hormon, tekanan, berat badan, gaya hidup, masalah reproduktif atau keadaan kesihatan lain. Doktor akan menilai simptom, sejarah haid dan tahap kesakitan sebelum mencadangkan rawatan, ujian makmal atau scan gynae jika diperlukan.
Haid tidak datang lama, haid terlalu banyak, senggugut kuat, spotting, haid tidak menentu, sakit bawah perut atau kebimbangan selepas menggunakan kontraseptif.
Doktor Wanita dan Staf Wanita Untuk Keselesaan Anda
Kami faham pemeriksaan wanita memerlukan kepercayaan, privasi dan komunikasi yang jelas.
Di Klinik Nur Medicare, konsultasi kesihatan wanita dikendalikan dengan pendekatan yang sopan, profesional dan mesra pesakit. Pasukan wanita kami membantu pesakit berasa lebih selesa untuk berkongsi simptom sensitif, bertanya tentang perancang keluarga, membuat pemeriksaan dan memahami pilihan rawatan.
Privasi dijaga. Penerangan jelas. Ruang konsultasi selesa. Sesuai untuk wanita yang lebih selesa berjumpa doktor wanita.
Sonographer Wanita dan Sokongan Ultrasound
- Pemeriksaan ultrasound yang lebih privasi, profesional dan diterangkan dengan jelas.
- Untuk pemeriksaan tertentu seperti scan gynae, reproductive assessment atau ultrasound berkaitan wanita, pesakit boleh mendapatkan sokongan daripada sonographer wanita yang terlatih. Pemeriksaan dibuat secara berhati-hati, sopan dan fokus kepada keselesaan pesakit.
- Sonographer wanita bertauliah, doktor berpengalaman, penerangan jelas sebelum dan selepas scan, pengalaman pemeriksaan yang mesra ibu dan wanita.
Mesin Ultrasound Beresolusi Tinggi
Teknologi scan moden untuk membantu doktor mendapatkan imej yang lebih jelas semasa pemeriksaan yang sesuai.
Klinik Nur Medicare menggunakan mesin ultrasound moden yang diselenggara dengan baik untuk menyokong pemeriksaan wanita, scan kehamilan dan penilaian tertentu mengikut nasihat doktor. Paparan imej yang jelas membantu proses penerangan kepada pesakit dan memberi pengalaman pemeriksaan yang lebih selesa.
- Mesin ultrasound moden beresolusi tinggi untuk imej scan yang lebih jelas.
- Membantu pemeriksaan kesihatan wanita, kehamilan, rahim, ovari, folikel dan ovulasi.
- Sesuai untuk scan kehamilan dan pemantauan perkembangan bayi apabila diperlukan.
- Paparan live scan pada skrin besar untuk pengalaman scan yang lebih jelas.
- Pemeriksaan tidak invasif, selesa dan mesra pesakit.
- Peralatan moden dan dijaga dengan baik untuk menyokong penilaian doktor.
Dipercayai Pesakit Wanita dan Keluarga Setempat
Maklum balas pesakit membantu pesakit baharu lebih yakin untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik kami.
Ramai pesakit memilih Klinik Nur Medicare kerana suasana klinik yang selesa, staf yang mesra, penerangan yang jelas dan penjagaan privasi. Jika anda mencari klinik wanita di Subang Jaya yang mudah dihubungi dan mesra pesakit, pasukan kami sedia membantu.
EXCELLENT Based on 1831 reviews Posted on Google Fazren AzaliTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Senang berurusanPosted on Google Isma Faizal IsmailTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Great experience. The process was very fast . The staff was friendly and professional, and after explaining my symptoms, they consulted the doctor and promptly arranged the prescribed medication at the counter. No long waiting time, and everything was handled efficiently. Highly recommended for anyone looking for quick and hassle-free medical assistance.Posted on Google WAN ONETrustindex verifies that the original source of the review is Google. GoodPosted on Google HS CHTrustindex verifies that the original source of the review is Google. So far the service & remedy of the few different doctors are great. They are nearby my house, they are our company panel & I just did my medical check up here. My family is also their regular patrons. So far im very happy with their service. Sometimes they are congested but while waiting, I just go to the nice mamak next door to have a drink. When im done, it s my turn or they will reverse to my number, u just have to inform the nurse at the counter of this arrangement. Recommeded. Thank you.Verified by TrustindexTrustindex verified badge is the Universal Symbol of Trust. Only the greatest companies can get the verified badge who has a review score above 4.5, based on customer reviews over the past 12 months. Read more
Klinik Nur Medicare menerima sokongan komuniti tempatan dengan rating Google 5.0 dan lebih 1,800 ulasan Google.
Kenapa Pilih Klinik Nur Medicare Untuk Kesihatan Wanita?
Setiap bulan, Klinik Nur Medicare menerima lebih 500 pesakit dan pelanggan untuk rawatan keluarga, scan kehamilan, medical check-up, kesihatan wanita dan servis klinik harian.
Soalan Lazim Tentang Penjagan Kesihatan Wanita di klinik Nur Medicare
Dapatkan jawapan ringkas tentang servis Klinik Nur Medicare di Pinggiran USJ Shah Alam, termasuk scan baby, rawatan keluarga, doktor wanita, medical check-up, Buka Buku Pink, vaksinasi, ujian makmal, khatan, dan kesihatan wanita.
Ya, servis kesihatan wanita di Klinik Nur Medicare dikendalikan dengan sokongan doktor wanita dan staf wanita. Ini membantu pesakit rasa lebih selesa untuk berkongsi simptom dan menjalani pemeriksaan.
Servis termasuk konsultasi doktor wanita, perancang keluarga, Pap smear, swab faraj LBS/HVS, rawatan masalah haid, nasihat kesihatan reproduktif dan pemeriksaan berkaitan wanita.
Ya, klinik menyediakan konsultasi untuk Implanon dan IUCD. Pemasangan atau pembuangan bergantung kepada penilaian doktor, kesesuaian pesakit dan ketersediaan servis semasa.
Dalam sesetengah keadaan, IUCD boleh dipasang semasa haid, tetapi doktor perlu menilai dahulu sama ada ia sesuai untuk anda. Sila buat konsultasi sebelum prosedur.
Ya, anda boleh mendapatkan konsultasi dan nasihat tentang pilihan perancang keluarga walaupun belum mahu membuat prosedur.
Pap smear ialah ujian saringan serviks yang membantu mengesan perubahan awal pada sel serviks. Ia bukan rawatan, tetapi membantu doktor memberi nasihat susulan jika keputusan tidak normal.
Kekerapan bergantung kepada umur, sejarah kesihatan, keputusan saringan sebelum ini dan nasihat doktor. Jika anda tidak pasti, buat konsultasi untuk semak keperluan anda.
Pap smear menyaring perubahan sel serviks. Swab faraj pula membantu mengenal pasti jangkitan atau discaj faraj yang tidak normal. Doktor akan cadangkan ujian yang sesuai berdasarkan simptom anda.
Swab faraj mungkin disarankan jika anda mengalami kegatalan, discaj berbau, perubahan warna discaj, sakit, pedih atau ketidakselesaan di kawasan faraj.
Ya, anda boleh berjumpa doktor untuk haid tidak teratur, lewat haid, senggugut kuat, spotting atau pendarahan luar biasa. Doktor akan menilai sama ada rawatan, ujian darah atau scan diperlukan.
Scan gynae boleh dibuat jika disarankan selepas konsultasi doktor dan bergantung kepada kesesuaian keadaan pesakit serta slot yang tersedia.
Tidak. Klinik Nur Medicare tidak menyediakan uterine cleaning. Servis tersebut biasanya dilakukan di hospital.
Tidak. Klinik Nur Medicare tidak menyediakan servis bersalin atau delivery. Namun, doktor boleh membantu memberi nasihat pemeriksaan wanita dan rujukan jika perlu.
Untuk kesihatan wanita, appointment sangat digalakkan supaya doktor dan slot pemeriksaan dapat disusun dengan lebih baik.
Perkhidmatan Klinik Keluarga, Wanita & Scan Baby di Subang Jaya
Klinik Nur Medicare menyediakan penjagaan kesihatan harian untuk seisi keluarga di Pinggiran USJ, Subang Jaya dan kawasan sekitar Shah Alam. Perkhidmatan kami merangkumi rawatan pesakit luar, baby scan dan ultrasound, Buku Pink dan pemeriksaan ibu mengandung, kesihatan wanita, medical check-up, vaksinasi, ujian darah dan makmal, rawatan kehamilan serta khatan kanak-kanak lelaki dan dewasa serta bayi perempuan.
Baby scan & ultrasound di Subang Jaya
Medical check-up untuk kerja, pelajar, JPJ/GDL & Haji
Rawatan kehamilan & ujian hormon
Khatan/sunat untuk lelaki dan bayi perempuan
Tempah Appointment Klinik Secara Online
Semak slot appointment untuk scan baby, Buku Pink, medical check-up, rawatan wanita, reproductive care, khatan, vaksinasi atau rawatan klinik harian melalui pautan WhatsApp kami.
Ikuti Klinik Nur Medicare di Media Sosial
Dapatkan update servis klinik, promosi, tips kesihatan wanita, panduan kehamilan, scan baby dan info appointment melalui Facebook, Instagram dan TikTok rasmi kami.
KLINIK NUR MEDICARE
Klinik keluarga dan women’s health clinic di Pinggiran USJ, Subang Jaya, Shah Alam, Selangor untuk scan baby, Buku Pink, medical check-up, rawatan kehamilan, khatan, vaksinasi, ujian makmal dan rawatan keluarga.
2A, Jalan Pinggiran USJ 1/8, Taman Pinggiran Usj, 47600 Subang Jaya, Selangor
Contact No
- +603-5103 1522
- kliniknurmedicare@gmail.com
The information on this website is for general information purposes only. The information is provided KLINIK NUR MEDICARE and while we endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with the website, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster & safer experience and and for advertising purpose.
- Copyright KLINIK NUR MEDICARE. All rights reserved