Vaksinasi Kanak-Kanak, Dewasa, Haji & Umrah di Subang Jaya
Dapatkan perkhidmatan vaksinasi untuk bayi dan kanak-kanak, dewasa serta jemaah Haji dan Umrah di Klinik Nur Medicare, Pinggiran USJ. Vaksin diberikan oleh pasukan perubatan terlatih dalam suasana klinik yang mesra keluarga, privasi terjaga dan mudah diakses.
Servis tersedia termasuk vaksin kanak-kanak, vaksin dewasa, vaksin influenza, HPV, Hepatitis B, TDaP, pneumococcal, meningococcal, typhoid, ATT serta vaksin Haji dan Umrah tertakluk kepada kesesuaian pesakit dan stok semasa.
Promosi Vaksinasi
Semak promosi vaksinasi terkini untuk Haji/Umrah, vaksin kanak-kanak dan vaksin dewasa. Harga dan pakej promosi mungkin berubah mengikut stok dan tempoh promosi. Sila hubungi klinik untuk pengesahan terkini sebelum datang.
Kenapa pilih Klinik Nur Medicare untuk vaksinasi?
Setiap bulan, Klinik Nur Medicare menerima lebih 500 pesakit dan pelanggan untuk rawatan keluarga, scan kehamilan, medical check-up, kesihatan wanita dan servis klinik harian.
Perkhidmatan Vaksinasi di Klinik Nur Medicare, Pinggiran USJ
Dapatkan vaksin bayi dan kanak-kanak, vaksin dewasa serta vaksin Haji dan Umrah di Klinik Nur Medicare, Subang Jaya. Pilih kategori vaksin yang sesuai mengikut umur, keperluan kesihatan dan tujuan perjalanan anda.
Vaksin Bayi & Kanak-Kanak di Klinik Nur Medicare
Vaksinasi membantu melindungi kanak-kanak daripada penyakit berjangkit tertentu. Doktor akan memberi nasihat mengikut umur, rekod vaksin, keadaan kesihatan dan stok vaksin semasa.
Vaksin Dewasa di Subang Jaya
Sesetengah vaksin disarankan untuk orang dewasa berdasarkan umur, pekerjaan, perjalanan, gaya hidup, penyakit kronik atau sejarah vaksin terdahulu. Doktor kami boleh membantu semak keperluan vaksin anda sebelum suntikan.
Vaksin Haji & Umrah di Pinggiran USJ, Subang Jaya
Klinik Nur Medicare menyediakan vaksinasi untuk jemaah Haji dan Umrah, termasuk vaksin meningococcal serta vaksin tambahan yang mungkin disarankan seperti influenza dan pneumococcal. Sila hubungi klinik untuk semak stok, dokumen yang diperlukan dan masa sesuai sebelum tarikh perjalanan.
Jenis Vaksin Yang Disediakan di Klinik Nur Medicare
Klinik Nur Medicare menyediakan vaksinasi untuk kanak-kanak, dewasa serta jemaah Haji dan Umrah di Pinggiran USJ, Subang Jaya. Jenis vaksin adalah tertakluk kepada stok semasa, kesesuaian umur, rekod vaksin terdahulu dan penilaian doktor sebelum suntikan.
Vaksinasi Bayi & Kanak-Kanak
Perlindungan awal untuk bayi dan kanak-kanak melalui vaksin seperti DTaP, pneumococcal, MMR, rotavirus, varicella, influenza dan meningococcal mengikut umur serta keperluan kesihatan anak.
Vaksinasi membantu melindungi kanak-kanak daripada penyakit berjangkit tertentu. Doktor akan memberi nasihat mengikut umur, rekod vaksin, keadaan kesihatan dan stok vaksin semasa.
DTaP
- Melindungi daripada Diphtheria, tetanus, pertussis
- 2, 3, 5 & 18 Bulan
- Tertakluk kepada jadual Imunisasi Kebangsaan dan nasihat doktor
Pneumococcal
- Melindungi daripada Jangkitan paru-paru, Meningitis, Jangkitan telinga
- 4, 6 & 15 Bulan
- Tertakluk kepada jadual Imunisasi Kebangsaan dan nasihat doktor
MMR
- Melindungi daripada Campak (Measles), Mumps, Rubella
- 9 & 12 Bulan
- Tertakluk kepada jadual Imunisasi Kebangsaan dan nasihat doktor
Rotavirus
- Melindungi daripada cirit-birit teruk akibat Rotavirus
- 6 Bulan ke bawah
- Tertakluk kepada jadual Imunisasi Kebangsaan dan nasihat doktor
Varicella
- Melindungi daripada cacar air (Chickenpox)
- 1 Tahun dan keatas
- Tertakluk kepada jadual Imunisasi Kebangsaan dan nasihat doktor
Influenza
- Melindungi daripada jangkitan Influenza (Selsema) jenis A dan B
- 6 Bulan dan kebawah
- Tertakluk kepada jadual Imunisasi Kebangsaan dan nasihat doktor
Meningococcal
- Melindungi daripada Meningiris bakteria yang serius
- 9 Bulan dan keatas
- Tertakluk kepada jadual Imunisasi Kebangsaan dan nasihat doktor
Vaksinasi Orang Dewasa
Vaksin dewasa untuk membantu melindungi diri daripada jangkitan tertentu seperti influenza, hepatitis B, pneumococcal, HPV, meningococcal, TDaP, typhoid dan tetanus mengikut nasihat doktor.
Sesetengah vaksin disarankan untuk orang dewasa berdasarkan umur, pekerjaan, perjalanan, gaya hidup, penyakit kronik atau sejarah vaksin terdahulu. Doktor kami boleh membantu semak keperluan vaksin anda sebelum suntikan.
Pneumococcal
Vaksin pneumococcal untuk membantu perlindungan terhadap jangkitan tertentu seperti paru-paru, meningitis dan jangkitan telinga.
HPV
Vaksin HPV untuk perlindungan berkaitan HPV dan kanser serviks, tertakluk kepada kesesuaian umur dan nasihat doktor.
Hepatitis B
Vaksin Hepatitis B untuk individu yang memerlukan perlindungan tambahan atau mempunyai keperluan kerja/perjalanan tertentu.
Influenza
Vaksin influenza untuk perlindungan bermusim terhadap influenza A dan B.
Meningococcal
Vaksin meningococcal untuk perlindungan berkaitan meningitis dan septicemia; juga penting untuk Haji/Umrah.
TDaP
Vaksin TDaP berkaitan difteria, tetanus dan pertussis.
Typhoid
Vaksin typhoid untuk perlindungan berkaitan demam kepialu, terutama jika diperlukan untuk kerja atau perjalanan.
ATT
Suntikan ATT berkaitan tetanus mengikut keperluan dan nasihat doktor.
Vaksinasi Haji & Umrah
Klinik Nur Medicare menyediakan vaksinasi untuk jemaah Haji dan Umrah, termasuk vaksin meningococcal serta vaksin tambahan yang mungkin disarankan seperti influenza dan pneumococcal sebelum berangkat ke Tanah Suci. Sila hubungi klinik untuk semak stok, dokumen yang diperlukan dan masa sesuai sebelum tarikh perjalanan.
Meningococcal
Vaksin ini diwajibkan untuk semua jemaah Haji dan Umrah.
Vaksin meningococcal untuk jemaah Haji/Umrah. Sijil vaksinasi boleh diberikan selepas suntikan mengikut keperluan semasa.
Pneumococcal
Disyorkan terutamanya bagi warga emas & individu berisiko.
Vaksin tambahan yang boleh dipertimbangkan untuk perlindungan berkaitan paru-paru, meningitis dan jangkitan telinga.
Influenza
Disyorkan setiap tahun untuk perlindungan tambahan.
Vaksin tambahan yang boleh dipertimbangkan sebelum perjalanan, terutama bagi jemaah berisiko atau ingin perlindungan tambahan.
Kenapa vaksinasi penting?
Vaksinasi membantu mengurangkan risiko penyakit berjangkit tertentu, melindungi golongan lebih berisiko seperti kanak-kanak dan warga emas, serta menyokong keselamatan komuniti. Sesetengah vaksin juga mungkin diperlukan untuk sekolah, pekerjaan, pengendalian makanan, perjalanan, Haji dan Umrah.
Di Klinik Nur Medicare, doktor akan memberi penerangan ringkas sebelum vaksin, menyemak kesesuaian pesakit dan memberi panduan penjagaan selepas suntikan.
Apa yang perlu dibawa?
- MyKad atau passport
- Rekod vaksin terdahulu jika ada
- Dokumen Haji atau Umrah jika berkaitan
- Borang sekolah, kerja atau perjalanan jika vaksin diperlukan untuk tujuan tertentu
- Senarai ubat atau sejarah alahan jika ada
Â
Jika tidak pasti vaksin yang diperlukan, hubungi klinik dahulu untuk semakan awal.
Doktor & Pasukan Perubatan Klinik Nur Medicare
Pasukan perubatan Klinik Nur Medicare akan membantu menyemak keperluan vaksinasi anda berdasarkan umur, sejarah kesihatan, rekod vaksin, tujuan perjalanan atau keperluan kerja/sekolah. Konsultasi diberikan secara mesra, jelas dan menghormati privasi pesakit.
Untuk pesakit wanita atau ibu bapa yang mahukan suasana lebih selesa, klinik ini turut menyediakan doktor dan staf wanita sebagai salah satu kelebihan utama.
Maklum Balas Pesakit
Ramai pesakit memilih Klinik Nur Medicare untuk vaksinasi, pemeriksaan kesihatan, scan baby dan rawatan keluarga kerana servis yang mesra, penerangan jelas dan proses yang mudah. Lihat ulasan pesakit untuk memahami pengalaman sebenar mereka di klinik kami.
EXCELLENT Based on 1831 reviews Posted on Google Fazren AzaliTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Senang berurusanPosted on Google Isma Faizal IsmailTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Great experience. The process was very fast . The staff was friendly and professional, and after explaining my symptoms, they consulted the doctor and promptly arranged the prescribed medication at the counter. No long waiting time, and everything was handled efficiently. Highly recommended for anyone looking for quick and hassle-free medical assistance.Posted on Google WAN ONETrustindex verifies that the original source of the review is Google. GoodPosted on Google HS CHTrustindex verifies that the original source of the review is Google. So far the service & remedy of the few different doctors are great. They are nearby my house, they are our company panel & I just did my medical check up here. My family is also their regular patrons. So far im very happy with their service. Sometimes they are congested but while waiting, I just go to the nice mamak next door to have a drink. When im done, it s my turn or they will reverse to my number, u just have to inform the nurse at the counter of this arrangement. Recommeded. Thank you.Verified by TrustindexTrustindex verified badge is the Universal Symbol of Trust. Only the greatest companies can get the verified badge who has a review score above 4.5, based on customer reviews over the past 12 months. Read more
Klinik Nur Medicare menerima sokongan komuniti tempatan dengan rating Google 5.0 dan lebih 1,800 ulasan Google.
Soalan Lazim Tentang klinik Nur Medicare
Dapatkan jawapan ringkas tentang servis Klinik Nur Medicare di Pinggiran USJ Shah Alam, termasuk scan baby, rawatan keluarga, doktor wanita, medical check-up, Buka Buku Pink, vaksinasi, ujian makmal, khatan, dan kesihatan wanita.
Klinik Nur Medicare menyediakan beberapa vaksin dewasa seperti influenza, HPV, Hepatitis B, pneumococcal, meningococcal, TDaP, typhoid dan ATT tertakluk kepada stok serta penilaian doktor.
Ya. Klinik Nur Medicare menyediakan vaksinasi untuk jemaah Haji dan Umrah, termasuk vaksin meningococcal dan vaksin tambahan yang mungkin disarankan seperti influenza dan pneumococcal.
Secara umum, pesakit disarankan membuat semakan awal dan mendapatkan vaksin beberapa minggu sebelum tarikh perjalanan. Hubungi klinik untuk nasihat berdasarkan jadual perjalanan dan keperluan semasa.
Sijil vaksinasi boleh diberikan selepas suntikan mengikut keperluan semasa. Sila bawa dokumen Haji atau Umrah jika berkaitan.
Digalakkan hubungi klinik dahulu untuk semak stok vaksin dan waktu sesuai, terutama ketika musim Haji dan Umrah.
Kebanyakan vaksin boleh dipertimbangkan untuk warga emas atau pesakit kronik, tetapi kesesuaian perlu disemak oleh doktor berdasarkan keadaan kesihatan dan sejarah rawatan.
Ya. Doktor boleh memberi nasihat vaksin berdasarkan umur, rekod vaksin, pekerjaan, rancangan perjalanan, keadaan kesihatan dan risiko pendedahan.
Bawa MyKad atau passport, rekod vaksin jika ada, dokumen Haji/Umrah jika berkaitan, serta maklumat alahan atau ubat yang sedang diambil.
Tidak. Klinik Nur Medicare bukan klinik 24 jam. Klinik dibuka setiap hari dari 8:30 pagi hingga 10:00 malam.
Anda boleh hubungi Klinik Nur Medicare melalui telefon atau WhatsApp untuk semak stok vaksin, waktu sesuai dan maklumat yang perlu dibawa.
Perkhidmatan Klinik Keluarga, Wanita & Scan Baby di Subang Jaya
Klinik Nur Medicare menyediakan penjagaan kesihatan harian untuk seisi keluarga di Pinggiran USJ, Subang Jaya dan kawasan sekitar Shah Alam. Perkhidmatan kami merangkumi rawatan pesakit luar, baby scan dan ultrasound, Buku Pink dan pemeriksaan ibu mengandung, kesihatan wanita, medical check-up, vaksinasi, ujian darah dan makmal, rawatan kehamilan serta khatan kanak-kanak lelaki dan dewasa serta bayi perempuan.
Baby scan & ultrasound di Subang Jaya
Medical check-up untuk kerja, pelajar, JPJ/GDL & Haji
Rawatan kehamilan & ujian hormon
Khatan/sunat untuk lelaki dan bayi perempuan
Tempah Appointment Klinik Secara Online
Semak slot appointment untuk scan baby, Buku Pink, medical check-up, rawatan wanita, reproductive care, khatan, vaksinasi atau rawatan klinik harian melalui pautan WhatsApp kami.
Ikuti Klinik Nur Medicare di Media Sosial
Dapatkan update servis klinik, promosi, tips kesihatan wanita, panduan kehamilan, scan baby dan info appointment melalui Facebook, Instagram dan TikTok rasmi kami.
KLINIK NUR MEDICARE
Klinik keluarga dan women’s health clinic di Pinggiran USJ, Subang Jaya, Shah Alam, Selangor untuk scan baby, Buku Pink, medical check-up, rawatan kehamilan, khatan, vaksinasi, ujian makmal dan rawatan keluarga.
2A, Jalan Pinggiran USJ 1/8, Taman Pinggiran Usj, 47600 Subang Jaya, Selangor
Contact No
- +603-5103 1522
- kliniknurmedicare@gmail.com
The information on this website is for general information purposes only. The information is provided KLINIK NUR MEDICARE and while we endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with the website, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster & safer experience and and for advertising purpose.
- Copyright KLINIK NUR MEDICARE. All rights reserved