Buka Buku Pink, Pemeriksaan Kehamilan & Rawatan Kuning Bayi di Subang Jaya
Penjagaan ibu hamil dan bayi baru lahir dengan doktor wanita, suasana selesa dan lokasi mudah di Pinggiran USJ.
Klinik Nur Medicare membantu ibu hamil membuka dan mengurus Buku Pink, menjalani pemeriksaan kehamilan berkala, scan bayi, ujian asas seperti urine test dan blood test, serta mendapatkan nasihat awal untuk jaundis bayi atau lebih dikenali dengan kuning bayi. Sesuai untuk ibu yang mencari klinik ibu mengandung atau buku pink klinik swasta sekitar USJ, Subang Jaya dan Shah Alam.
Kenapa Ibu Pilih Klinik Nur Medicare?
Penjagaan mesra wanita, lokasi mudah dan proses temujanji yang jelas.
Buka Buku Pink di Klinik Swasta Subang Jaya
Disarankan bermula sekitar 8 hingga 14 minggu kehamilan, atau seawal 6 minggu selepas kehamilan disahkan.
Buku Pink membantu merekod maklumat penting sepanjang kehamilan seperti sejarah kesihatan ibu, tekanan darah, berat badan, urine test, blood test, MGTT, pemeriksaan fizikal dan jadual lawatan susulan. Selepas pendaftaran, ibu perlu membawa Buku Pink setiap kali hadir pemeriksaan kehamilan.
Cara Buka Buku Pink di Klinik Nur Medicare
Proses buka Buku Pink di Klinik Nur Medicare, Pinggiran USJ dibuat secara mudah dan teratur untuk ibu hamil yang ingin memulakan pemeriksaan kehamilan, merekod maklumat kesihatan ibu dan bayi, serta mengikuti jadual antenatal check-up yang disarankan oleh doktor.
Sahkan Kehamilan
Sahkan kehamilan terlebih dahulu menggunakan pregnancy test di rumah atau di klinik. Ibu boleh mula membuat temujanji seawal kehamilan disahkan, dan waktu yang sering disarankan untuk buka Buku Pink adalah sekitar 6 hingga 14 minggu kehamilan supaya rekod pemeriksaan ibu mengandung dapat dimulakan dengan lebih awal dan tersusun.
Tempah Temujanji Buku Pink
Hubungi Klinik Nur Medicare melalui WhatsApp atau telefon untuk semak slot temujanji buka Buku Pink di Pinggiran USJ, Subang Jaya. Temujanji membantu mengurangkan masa menunggu dan memudahkan pihak klinik menyediakan proses pendaftaran, pemeriksaan asas, konsultasi doktor wanita dan panduan awal untuk lawatan kehamilan seterusnya.
Bawa Dokumen Diperlukan
Untuk pendaftaran Buku Pink, ibu digalakkan membawa dokumen penting seperti MyKad ibu dan ayah, sijil nikah, bil utiliti seperti bil elektrik atau air, serta surat rujukan doktor jika ada. Dokumen ini membantu melengkapkan rekod kehamilan dan memudahkan proses pengurusan maklumat ibu mengandung di klinik.
Jalani Pemeriksaan Asas
Semasa lawatan pertama, doktor akan menjalankan baseline pregnancy check-up seperti semakan berat badan, tinggi, tekanan darah, urine test, blood test, pemeriksaan abdomen, sejarah kehamilan dan sejarah kesihatan keluarga. Maklumat ini akan direkodkan dalam Buku Pink sebagai rujukan untuk pemeriksaan trimester, scan bayi dan lawatan antenatal seterusnya.
Maksud Kod Warna Buku Pink Untuk Ibu Mengandung
( Garis Panduan KKM)
Kod warna Buku Pink membantu doktor menilai tahap risiko kehamilan dan menentukan jenis pemantauan yang sesuai. Di Klinik Nur Medicare, Pinggiran USJ, doktor akan menerangkan maksud kod warna berdasarkan sejarah kesihatan, pemeriksaan semasa dan keadaan ibu serta bayi.
Putih
Risiko Rendah
Kod putih biasanya menunjukkan tiada risiko ketara dikesan semasa pemeriksaan. Ibu boleh meneruskan penjagaan kehamilan rutin seperti pemeriksaan tekanan darah, berat badan, urine test, blood test dan scan bayi mengikut jadual yang disarankan oleh doktor.
Hijau
Perlu Pemerhatian Doktor
Kod hijau menunjukkan ibu mempunyai faktor risiko tertentu tetapi masih boleh dipantau dengan lawatan berkala. Antara contoh faktor yang mungkin memerlukan pemerhatian termasuk primid, berat badan tertentu, asthma, sejarah bersalin vacuum atau isu kesihatan ringan yang perlu dinilai oleh doktor.
Kuning
Perlu Pemantauan Lebih Rapat
Kod kuning menunjukkan ibu mungkin memerlukan pemantauan lebih kerap atau rujukan kepada doktor/pegawai perubatan berkaitan. Contoh faktor yang boleh dikaitkan termasuk diabetes semasa hamil, tekanan darah tinggi, kehamilan remaja atau keadaan kesihatan tertentu yang memerlukan penilaian lanjut.
Merah
Risiko Tinggi & Perlu Rujukan Segera
Kod merah menunjukkan risiko kehamilan yang lebih tinggi dan memerlukan penilaian segera atau rujukan hospital. Keadaan ini boleh melibatkan komplikasi kehamilan, simptom serius atau faktor kesihatan ibu dan bayi yang perlu dipantau dengan lebih teliti oleh pasukan perubatan.
Jadual Lawatan Buku Pink & Pemeriksaan Kehamilan
Kekerapan lawatan Buku Pink bergantung kepada usia kandungan, keadaan ibu dan perkembangan bayi. Di Klinik Nur Medicare, Pinggiran USJ, ibu hamil boleh mendapatkan pemeriksaan kehamilan berkala seperti tekanan darah, berat badan, urine test, blood test, MGTT, scan bayi dan nasihat doktor mengikut keperluan semasa.
Jadual Lawatan Buku Pink
Ibu hamil biasanya hadir pemeriksaan mengikut usia kandungan:
- 6–28 minggu sebulan sekali
- 28–35 minggu setiap 2 minggu
- 36 minggu ke atas setiap minggu
Jadual lawatan boleh berubah mengikut keadaan ibu, perkembangan bayi, keputusan ujian atau nasihat doktor semasa pemeriksaan kehamilan.
Senarai Pemeriksaan Kehamilan
Pemeriksaan Buku Pink boleh merangkumi:
- Tekanan darah
- Berat badan
- Urine test
- Blood test
- Pemeriksaan fizikal
- Pemeriksaan abdomen
- MGTT
- Scan bayi
Â
Jika sesuai, doktor juga boleh menasihatkan pemeriksaan tambahan atau vaksin seperti influenza dan Tdap untuk membantu pemantauan kesihatan ibu serta bayi.
Pemeriksaan Jaundis / Kuning Bayi di Klinik Nur Medicare
Kuning bayi boleh berlaku apabila paras bilirubin meningkat dan menyebabkan kulit atau mata bayi kelihatan kekuningan. Di Klinik Nur Medicare, Pinggiran USJ, ibu bapa boleh mendapatkan pemeriksaan awal, nasihat penyusuan, semakan tahap jaundis dan rawatan susulan yang sesuai berdasarkan penilaian doktor.
Apa Itu Jaundis / Kuning Bayi?
Jaundis bayi atau kuning bayi berlaku apabila paras bilirubin dalam badan bayi meningkat, menyebabkan kulit atau bahagian putih mata kelihatan kekuningan. Keadaan ini biasa berlaku kepada bayi baru lahir, terutamanya dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Walaupun kebanyakan kes adalah ringan, pemeriksaan doktor penting untuk mengetahui tahap jaundis dan memastikan bayi mendapat pemantauan yang sesuai.
Doktor Wanita & Pasukan Klinik Yang Mesra Ibu dan Bayi
Konsultasi dibuat dalam suasana selesa, sopan dan privacy-friendly.
Pegawai perubatan dan pasukan Klinik Nur Medicare akan membantu ibu memahami pemeriksaan kehamilan, Buku Pink, pilihan scan bayi, pemeriksaan bayi dan langkah susulan yang sesuai. Untuk isu risiko tinggi, komplikasi kehamilan, atau simptom serius pada bayi, doktor akan menasihatkan rujukan lanjut atau rawatan kecemasan yang sesuai.
Dipercayai Ibu dan Keluarga Sekitar Subang Jaya
Ramai pesakit menghargai urusan yang mudah, staf yang mesra, penerangan doktor yang jelas dan suasana klinik yang selesa. Maklum balas ini membantu pesakit baharu membuat keputusan dengan lebih yakin.
EXCELLENT Based on 1831 reviews Posted on Google Fazren AzaliTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Senang berurusanPosted on Google Isma Faizal IsmailTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Great experience. The process was very fast . The staff was friendly and professional, and after explaining my symptoms, they consulted the doctor and promptly arranged the prescribed medication at the counter. No long waiting time, and everything was handled efficiently. Highly recommended for anyone looking for quick and hassle-free medical assistance.Posted on Google WAN ONETrustindex verifies that the original source of the review is Google. GoodPosted on Google HS CHTrustindex verifies that the original source of the review is Google. So far the service & remedy of the few different doctors are great. They are nearby my house, they are our company panel & I just did my medical check up here. My family is also their regular patrons. So far im very happy with their service. Sometimes they are congested but while waiting, I just go to the nice mamak next door to have a drink. When im done, it s my turn or they will reverse to my number, u just have to inform the nurse at the counter of this arrangement. Recommeded. Thank you.Verified by TrustindexTrustindex verified badge is the Universal Symbol of Trust. Only the greatest companies can get the verified badge who has a review score above 4.5, based on customer reviews over the past 12 months. Read more
Kelebihan Membuka Buku Pink di Klinik Nur Medicare
Lebih mudah, jelas dan sesuai untuk ibu yang mahukan pemeriksaan berkala di klinik swasta.
Klinik Nur Medicare menerima sokongan komuniti tempatan dengan rating Google 5.0 dan lebih 1,800 ulasan Google.
Soalan Lazim Tentang Buku Pink dan Kuning Bayi di Klinik Nur Medicare
Dapatkan jawapan ringkas tentang servis Klinik Nur Medicare di Pinggiran USJ Shah Alam, termasuk scan baby, rawatan keluarga, doktor wanita, medical check-up, Buka Buku Pink, kuning bayi, vaksinasi, ujian makmal, khatan, dan kesihatan wanita.
Biasanya sekitar 8 hingga 14 minggu kehamilan. Jika kehamilan sudah disahkan seawal 6 minggu, ibu boleh hubungi klinik untuk semak masa temujanji yang sesuai.
Klinik Nur Medicare menyediakan sokongan pembukaan dan pengurusan Buku Pink serta pemeriksaan kehamilan. Sila hubungi klinik untuk semak dokumen dan proses yang diperlukan.
Bawa MyKad ibu dan ayah, sijil nikah, bil utiliti seperti bil elektrik atau air, dan surat rujukan doktor jika ada.
Tidak wajib, tetapi digalakkan kerana maklumat kesihatan keluarga dan sokongan pasangan boleh membantu semasa konsultasi.
Doktor boleh menyemak berat, tinggi, tekanan darah, urine test, blood test, pemeriksaan abdomen, sejarah kehamilan dan sejarah kesihatan keluarga.
Secara umum 6-28 minggu sebulan sekali, 28-35 minggu setiap 2 minggu dan 36 minggu ke atas setiap minggu. Jadual boleh berubah mengikut keadaan ibu dan bayi.
Ya, klinik menyediakan ultrasound/scan bayi termasuk pilihan scan berkaitan kehamilan. Doktor atau sonographer akan menerangkan pilihan yang sesuai berdasarkan usia kandungan.
Kod warna membantu mengenal pasti tahap risiko kehamilan dan jenis pemantauan yang sesuai. Doktor akan menerangkan maksud kod dan langkah susulan semasa lawatan.
Pemeriksaan kehamilan boleh melibatkan ujian seperti MGTT, urine test dan blood test mengikut keperluan klinikal. Sila semak dengan klinik semasa temujanji.
Jika mata atau kulit bayi kelihatan kuning, ibu bapa boleh mendapatkan pemeriksaan. Dapatkan rawatan segera jika bayi sangat mengantuk, susah menyusu, demam, kurang lampin basah, susah bernafas atau kuning muncul dalam 24 jam pertama.
Untuk kes ringan hingga sederhana, phototherapy boleh dipertimbangkan berdasarkan penilaian doktor dan paras bilirubin. Kes serius perlu dirujuk untuk rawatan lanjut.
Pautan Rujukan
1. Obstetric Guideline (Accessed on 23rd October 2025)
2. Antenatal Care (Accessed on 23rd October 2025)
3. Rekod Kesihatan Ibu (Accessed on 23rd October 2025)
4. Kesihatan Swasta (Accessed on 23rd October 2025)
5. Maternal & Child Health (Accessed on 23rd October 2025)
Tempah Appointment Klinik Secara Online
Semak slot appointment untuk scan baby, Buku Pink, medical check-up, rawatan wanita, reproductive care, khatan, vaksinasi atau rawatan klinik harian melalui pautan WhatsApp kami.
Ikuti Klinik Nur Medicare di Media Sosial
Dapatkan update servis klinik, promosi, tips kesihatan wanita, panduan kehamilan, scan baby dan info appointment melalui Facebook, Instagram dan TikTok rasmi kami.
KLINIK NUR MEDICARE
Klinik keluarga dan women’s health clinic di Pinggiran USJ, Subang Jaya, Shah Alam, Selangor untuk scan baby, Buku Pink, medical check-up, rawatan, khatan, vaksinasi, ujian makmal dan rawatan keluarga.
2A, Jalan Pinggiran USJ 1/8, Taman Pinggiran Usj, 47600 Subang Jaya, Selangor
Contact No
- +603-5103 1522
- kliniknurmedicare@gmail.com
The information on this website is for general information purposes only. The information is provided KLINIK NUR MEDICARE and while we endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with the website, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster & safer experience and and for advertising purpose.
- Copyright KLINIK NUR MEDICARE. All rights reserved