Scan baby dan ultrasound 2D 3D 4D 5D di Klinik Nur Medicare Subang Jaya

Scan Baby & Ultrasound Scan di USJ Subang Jaya

Dapatkan perkhidmatan scan baby dan ultrasound di Klinik Nur Medicare, Pinggiran USJ. Kami menyediakan scan kehamilan 2D, 3D, 4D, 5D, detail/anomaly scan, NT scan, gender scan, TVS scan, breast scan, thyroid scan dan KUB scan menggunakan mesin ultrasound beresolusi tinggi dalam suasana yang selesa dan privasi terjaga.

  • Scan kehamilan: 2D, 3D, 4D, 5D, detail/anomaly, NT & gender scan
  • Health scan: TVS, breast, thyroid & KUB scan
  • Dibantu oleh sonographer wanita bertauliah dan staf wanita
  • Sesuai untuk ibu mengandung, wanita dan keluarga sekitar USJ/Subang Jaya dan staf wanita
  •  

Promosi Scan Baby

Lihat promosi terkini untuk scan 5D, gender scan dan pakej scan baby di Klinik Nur Medicare. Harga dan promosi boleh berubah mengikut tarikh, pakej dan ketersediaan slot.

Jenis Scan Baby & Scan Kehamilan

Setiap scan mempunyai tujuan dan waktu terbaik yang berbeza. Pilih jenis scan berdasarkan usia kandungan, tujuan pemeriksaan dan nasihat doktor/sonographer. Jika tidak pasti, hubungi Klinik Nur Medicare untuk cadangan appointment yang sesuai.

Contoh imej ultrasound 2D basic scan untuk perkembangan bayi di Klinik Nur Medicare

2D Early & Growth Scan

Scan 2D awal dan growth scan membantu mengesahkan kehamilan, menganggarkan usia kandungan, melihat degupan jantung bayi, serta memantau tumbesaran, perkembangan dan posisi bayi. Sesuai sekitar 5–40 minggu mengikut keperluan.

Contoh imej 3D 4D 5D baby scan di Klinik Nur Medicare Subang Jaya

3D / 4D / 5D Baby Scan

Scan 3D, 4D dan 5D memberi imej beresolusi lebih jelas untuk melihat pergerakan, degupan jantung dan ciri wajah bayi. Imej/video boleh diberikan bersama penerangan profesional oleh sonographer. Waktu biasa: sekitar 24–32 minggu.

Contoh detail scan atau anomaly scan bayi semasa kehamilan di Klinik Nur Medicare

2D Anomaly Scan

Detail scan atau anomaly scan membantu menilai tumbesaran bayi, struktur penting, organ, uri/plasenta dan air ketuban. Waktu yang biasa disarankan ialah sekitar 18–24 minggu, bergantung kepada nasihat klinikal.

Contoh growth scan UGA dan EFW untuk memantau tumbesaran bayi di Klinik Nur Medicare

Combo 2D Anomaly + 3D/4D/5D Scan

Combo scan sesuai untuk ibu yang ingin memantau kesihatan dan perkembangan bayi melalui detail/anomaly scan serta melihat visual 3D/4D/5D dalam satu sesi yang lebih lengkap. Waktu biasa sekitar 24–25 minggu.

Contoh NT scan nuchal translucency untuk kehamilan awal di Klinik Nur Medicare

NT Scan (Nuchal Translucency)

NT scan atau Nuchal Translucency scan ialah ultrasound awal kehamilan untuk mengukur cecair di belakang leher bayi dan membantu menilai risiko tertentu. Waktu terbaik biasanya 11 minggu hingga 13 minggu 6 hari.

Contoh gender scan untuk mengetahui jantina bayi di Klinik Nur Medicare Subang Jaya

Baby Gender Scan

Gender scan membantu mengenal pasti jantina bayi apabila kedudukan bayi mengizinkan. Biasanya boleh dilakukan selepas 20 minggu

Health Scan: TVS, Breast, Thyroid & KUB

Selain scan kehamilan, Klinik Nur Medicare juga menyediakan beberapa ultrasound kesihatan untuk wanita dan keluarga, termasuk TVS scan, breast scan, thyroid scan dan KUB scan. Pemeriksaan sesuai dipilih berdasarkan simptom, pemeriksaan doktor atau keperluan saringan.

Pemeriksaan thyroid scan menggunakan ultrasound di Klinik Nur Medicare

Thyroid Scan

Thyroid scan ialah ultrasound yang selamat dan tidak menyakitkan untuk memeriksa kelenjar tiroid di bahagian leher. Ia membantu doktor menilai nodul, cyst, bengkak atau perubahan lain yang mungkin berkaitan fungsi tiroid.

Pemeriksaan breast scan menggunakan ultrasound di Klinik Nur Medicare

Breast Scan

Breast scan ialah ultrasound tidak invasif untuk menilai tisu payudara dan membantu mengesan perubahan seperti cyst, ketulan atau kelainan lain. Ia sering dicadangkan apabila ada ketulan atau apabila pemeriksaan lanjut diperlukan selepas pemeriksaan fizikal.

Pemeriksaan KUB scan untuk buah pinggang ureter dan pundi kencing di Klinik Nur Medicare

KUB Scan

KUB scan memeriksa buah pinggang, ureter dan pundi kencing untuk membantu menilai kemungkinan batu karang, halangan saluran kencing, jangkitan, bengkak atau isu struktur. Ia menggunakan teknologi ultrasound yang selamat dan tidak invasif.

Pemeriksaan TVS scan atau transvaginal ultrasound di Klinik Nur Medicare

TVS Scan

TVS scan atau transvaginal ultrasound ialah pemeriksaan imej untuk menilai organ reproduktif wanita seperti rahim, ovari dan serviks. Ia boleh membantu doktor menilai cyst ovari, fibroid, kehamilan awal atau kebimbangan ginekologi tertentu.

Sonographer Wanita di Klinik Nur Medicare

Untuk keselesaan ibu mengandung dan pesakit wanita, ultrasound di Klinik Nur Medicare dibantu oleh sonographer wanita yang terlatih dan bertauliah, dengan penerangan yang jelas sebelum, semasa dan selepas scan.

  • Sonographer wanita bertauliah
  • Dibantu oleh doktor dan staf klinik yang berpengalaman
  • Pengalaman scan yang sopan, lembut dan menghormati privasi
  • Penerangan imej scan yang jelas
  • Sesuai untuk ibu mengandung, wanita dan keluarga
Sonographer wanita di Klinik Nur Medicare untuk ultrasound scan dan scan baby Subang Jaya
Sonographer wanita melakukan ultrasound scan di Klinik Nur Medicare USJ Subang Jaya

Mesin Ultrasound Beresolusi Tinggi

Klinik Nur Medicare menggunakan mesin ultrasound moden yang direka untuk imej yang lebih jelas, pengalaman scan yang selesa dan penerangan visual yang mudah difahami oleh pesakit.

  • Mesin ultrasound beresolusi tinggi untuk kejelasan imej yang baik
  • Teknologi imaging moden untuk scan yang lebih terperinci
  • Paparan live scan pada skrin besar untuk ibu dan keluarga
  • Pemeriksaan ultrasound yang selamat dan tidak invasif
  • Peralatan diselenggara untuk keselesaan pesakit dan ketepatan pemeriksaan
  •  
Mesin ultrasound 5D beresolusi tinggi di Klinik Nur Medicare USJ Subang Jaya

Maklum Balas Pesakit

Klinik Nur Medicare mempunyai rating Google 5.0 dengan lebih 1,800 ulasan. Ramai pesakit memilih klinik ini untuk scan baby, rawatan wanita, medical check-up dan rawatan keluarga kerana layanan mesra, proses yang teratur dan lokasi yang mudah diakses.

Cara Buat Scan Baby & Ultrasound di Klinik Nur Medicare

Ikuti langkah mudah ini sebelum datang ke klinik supaya pasukan kami boleh
membantu cadangkan jenis scan yang sesuai mengikut usia kandungan, simptom
atau keperluan pemeriksaan anda.

01

Pilih Jenis Scan

Beritahu usia kandungan atau simptom anda supaya pasukan klinik boleh cadangkan jenis scan yang sesuai.

02

Tempah Temujanji

Untuk NT scan, detail scan dan 5D scan, buat appointment lebih awal bagi mengurangkan masa menunggu.

03

Datang ke Klinik

Klinik terletak di Pinggiran USJ, Subang Jaya dengan banyak parking percuma.

04

Scan & Penerangan

Sonographer akan melakukan scan dan memberi penerangan ringkas tentang imej yang dilihat mengikut kesesuaian scan.

05

Report / Gambar

Report formal dan/atau imej scan boleh diberikan melalui email atau WhatsApp mengikut jenis scan/pakej yang diambil.

Soalan Lazim Tentang Scan Baby & Ultrasound di Klinik Nur Medicare

Dapatkan jawapan ringkas tentang waktu sesuai membuat baby scan, jenis ultrasound seperti 2D, 3D, 4D, 5D, NT scan dan detail scan, serta cara membuat temujanji di Klinik Nur Medicare, Pinggiran USJ Subang Jaya.

Scan awal biasanya lebih jelas bermula sekitar 7 minggu ke atas. Scan sebelum 7 minggu tidak digalakkan kerana janin mungkin terlalu kecil untuk dilihat dengan jelas.

Walk-in diterima untuk scan 2D standard dan gender scan sahaja, tertakluk kepada giliran dan ketersediaan slot. NT scan, detail scan dan 5D scan perlu appointment.

Anda boleh WhatsApp 010-350 5657 atau tekan butang Book Appointment di halaman ini untuk semak slot scan yang sesuai.

NT scan biasanya dilakukan antara 11 minggu hingga 13 minggu 6 hari.

Detail scan atau anomaly scan biasanya disarankan sekitar 20–26 minggu, bergantung kepada keadaan ibu dan bayi serta nasihat klinikal.

Waktu yang biasa disarankan untuk 5D baby scan ialah sekitar 28–32 minggu, bergantung kepada posisi bayi dan keadaan scan.

Waktu yang biasa disarankan untuk 5D baby scan ialah sekitar 28–32 minggu, bergantung kepada posisi bayi dan keadaan scan.

Tidak. NT scan ialah ultrasound untuk mengukur cecair di belakang leher bayi. NIPT/NICC pula ialah ujian darah ibu untuk menilai risiko kromosom tertentu. Kedua-duanya berbeza dan boleh saling melengkapi.

Scan 2D standard biasanya sekitar 15–20 minit, detail scan sekitar 30–45 minit, dan 5D scan sekitar 30–60 minit bergantung kepada posisi bayi.

Ya, pasangan atau ahli keluarga boleh hadir bersama jika ruang bilik scan mengizinkan.

Ya. Klinik Nur Medicare menonjolkan sonographer wanita bertauliah, doktor dan staf wanita untuk pengalaman scan yang lebih selesa dan privasi terjaga.

Harga boleh berubah mengikut jenis scan dan promosi semasa. Sila WhatsApp atau hubungi klinik untuk semak harga, slot dan pakej terkini.

Klinik Nur Medicare mendapat rating Google 5.0 dengan lebih 1800 ulasan pesakit

Tempah Appointment Klinik Secara Online

Semak slot appointment untuk scan baby, Buku Pink, medical check-up, rawatan wanita, reproductive care, khatan, vaksinasi atau rawatan klinik harian melalui pautan WhatsApp kami.

Ikuti Klinik Nur Medicare di Media Sosial

Dapatkan update servis klinik, promosi, tips kesihatan wanita, panduan kehamilan, scan baby dan info appointment melalui Facebook, Instagram dan TikTok rasmi kami.

Lebih 500 pesakit sebulan mendapatkan rawatan di Klinik Nur Medicare Subang Jaya

KLINIK NUR MEDICARE

Klinik keluarga dan women’s health clinic di Pinggiran USJ, Subang Jaya, Shah Alam, Selangor untuk scan baby, Buku Pink, medical check-up, rawatan, khatan, vaksinasi, ujian makmal dan rawatan keluarga.

2A, Jalan Pinggiran USJ 1/8, Taman Pinggiran Usj, 47600 Subang Jaya, Selangor

Contact No

Email

The information on this website is for general information purposes only. The information is provided KLINIK NUR MEDICARE and while we endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with the website, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster & safer experience and and for advertising purpose.

Logo Klinik Nur Medicare klinik wanita dan keluarga di Pinggiran USJ Subang Jaya